Thursday, December 4, 2014

Do you wanna build a snowman?


Setiap orang ada impian. Saya ni pun ada impian saya sendiri. Saya teringin kot nak pergi tempat-tempat yang ada salji gitu. Yelah, tapi bukan senang untuk pergi tempat yang macam tu. Saya ni pun bukanlah dari golongan yang 'loaded'. Semua oversea boleh pergi macam tu je. Saya ni dari golongan yang biasa-biasa sahaja. Tapi andai kata ada chance dapat pergi kat sini, saya nak pergi.. Hehe..

Siapa nak belanja? Haha.. memang ade rasenye.. 
Tidak mengapa lah, mana tahu ada rezeki Allah bagi, dapat jugalah merasa salji-salji kat oversea tu. Hikhik. Poyoss.

Kenapa saya nak pergi tempat ni? 

Sebab, entahlah. Dulu-dulu, masa kecil, kalau tengok cerita yang omputih gitu, mesti ade salji, nampak macam best je. Do you wannna build a snowman? Hehe.. Tapi nak buat macam mana, andai Malaysia ni ada salji, tak de lah den kempunan macam ni. Haha.

Cantik kan salji ni? Bila dia ni penuh-penuh kat pokok, jalan penuh salji, semua tempat memutih, nampak cantik. 

Conclusionnya kat sini, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh. Lagipun tak ada sesuatu yang best, yang baik datang bergolek senang macam tu je kat kita. Kita ni kena berusaha untuk menggapai sesuatu yang diimpikan. So, janganlah malas-malas ye Athirah. 

- Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menangung peritnya kebodohan. By IMAM SYAFIE.



No comments:

Post a Comment