Sunday, March 22, 2015

Akim & The Majistret - Mewangi (Official Music Video). Pendam



Pendam sahaja, jangan diluah. Mana tahu, dia bukan untuk kita.

Mungkin ada yang lebih baik sedang menunggu. Mungkin dia hanya depan mata kita, tapi kita tak nampak sebab terlalu berharap yang bukan tercipta untuk kita.

Yes, pendam memang perit, tapi kalau kita terlalu berharap sangat dia akan jadi milik kita. So, jangan terlalu berharap sangat. Jaga hati baik-baik, jangan sampai terlalai.

Simpan dengan kemas perasaan tu, just biar Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Selagi belum tiba masanya, simpam dahulu.

Hei, aku tunggu kau. :)

Saturday, December 20, 2014

Ahh.. Malu malu malu..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Udah sekian lama ku tak menari-narikan jari ku di 'keyboard' ni. Baru hari ni dapat semangat bertalu-talu untuk menulis hari ni.. Kuikuikui. (over). Okay, saya tak tahu nak cerita apa, (otak membeku sebab banyak sangat berhibernasi.. err..).

Okay, gua mau cerita sama lo berkenaan sifat 'MALU' ni. Yelah, zaman sekarang ni, jika kita pandang mengikut sisi atas bawah tepi kiri kanan paksi bumi ni, susah nak cari manusia-manusia yang memiliki sifat malu ni. Haa, apa tah lagi saya ni.. huhu.. sebek..

Okay, malu yang ingin gua ceritakan ini bukan malu yang kucing-kucing tu.. malu yang tak bertempat, tu tak bagus.. Jangan amalkan.. huhu.. Bak kata orang, ' Malu bertanya sesat jalan ' .. Sabit disitu..

Straight to the point, Malu yang saya nak ngomel-ngomel ni adalah malu untuk membuat kemungkaran, buat maksiat, malu nak buat perkara yang Allah mungkar, haa.. gituww.. Gane tu? Ape cer tu? 

Chontoh, kau couple-couple, kau pergi dating, kau pegang tangan 'baby' kau tuh , tu bukan perkara mungkar ke? Okay, example lagi, awak yang perempuan.. tak pakai tudung atau tidak menutup aurat, baju sendat-sendat, haa... tapi bila ada si pria pandang, cuba nak ngorat awak, salahkan si pria tu sebab tak menundukkan pandangan, mata tak jaga.. kohkoh.. padan muka laki tuhh..memang pun, tapi silap awak juga wahai sang wanita sebab awak yang biarkan mereka-mereka ni menatap diri awak, awak yang open kan  diri awak sendiri. Ibarat ikan goreng yang tidak ditutup tudung saji, maka ia akan menjadi target kepada kucing-kucing yang lapar tu..

Haa.. yang lelaki pon sama, mata tu jangan nak melilau sangat. Tundukkan pandangan. Jangan sibuk nak usha-usha para cewek kononnya nak cari tulang rusuk kiri aok yang hilang tu.. huhu.. Amboi.. huhu.. huhu.. huhu.. huhu..

Okay..kalau contoh lagi ekk, kau orang ni hidup di bumi Allah, kau hirup udara yang diciptakan Allah, kau makan rezeki yang diberikan Allah, tapi, kau tak solat, tak solat, tak solat. Kau rasa malu tak kat Allah? Ibarat macam ni lah, kau tumpang rumah orang, orang tu siap bagi first class layanan kat kau, tapi kau buat sepah rumah dia, kau tak kemas rumah tu, hooo.. fikir lah sendiri..huhu

ni ada sedikit hadis pasai malu ni:

عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ   [رواه البخاري ]

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullahshollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhari)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." 

Banyak hadis yang menceritakan pasal malu. So, betapa pentingnya sifat malu ni. Nak pula sifat malu ni adalah sebahagian daripada iman. Konklusinya, jika kita tiada sifat malu ni, maka tak sempurnalah iman kita ni.

Malu yang perlu kita terapkan ialah malu nak berbuat kejahatan, perkara yang munkar tu. 'Amar ma'ruf nahi munkar', buatlah kebaikan dan cegahlah kemunkaran.

Kalau ada salah dan silap, boleh lah komen-komen bawah ni ye, gue ni pun baru nak belajar, ilmu masih cetek lagi. 

Wallahua'lam bissawab.




Thursday, December 4, 2014

Do you wanna build a snowman?


Setiap orang ada impian. Saya ni pun ada impian saya sendiri. Saya teringin kot nak pergi tempat-tempat yang ada salji gitu. Yelah, tapi bukan senang untuk pergi tempat yang macam tu. Saya ni pun bukanlah dari golongan yang 'loaded'. Semua oversea boleh pergi macam tu je. Saya ni dari golongan yang biasa-biasa sahaja. Tapi andai kata ada chance dapat pergi kat sini, saya nak pergi.. Hehe..

Siapa nak belanja? Haha.. memang ade rasenye.. 
Tidak mengapa lah, mana tahu ada rezeki Allah bagi, dapat jugalah merasa salji-salji kat oversea tu. Hikhik. Poyoss.

Kenapa saya nak pergi tempat ni? 

Sebab, entahlah. Dulu-dulu, masa kecil, kalau tengok cerita yang omputih gitu, mesti ade salji, nampak macam best je. Do you wannna build a snowman? Hehe.. Tapi nak buat macam mana, andai Malaysia ni ada salji, tak de lah den kempunan macam ni. Haha.

Cantik kan salji ni? Bila dia ni penuh-penuh kat pokok, jalan penuh salji, semua tempat memutih, nampak cantik. 

Conclusionnya kat sini, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh. Lagipun tak ada sesuatu yang best, yang baik datang bergolek senang macam tu je kat kita. Kita ni kena berusaha untuk menggapai sesuatu yang diimpikan. So, janganlah malas-malas ye Athirah. 

- Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menangung peritnya kebodohan. By IMAM SYAFIE.



Mawar mewangi


" Andai setiap inci aurat yang kamu lindungi itu dianugerahkan Allah bunga-bunga mawar yang harum mewangi, Oh! Pasti di syurga nanti kamulah yang terindah, namamu teratas :)

Kredit- Rusydee Artz

Monday, December 1, 2014

Air tangan I lah.. hehe ( Lukisan cakaran ayam )

Assalamualaikum, saya ni tak tau nak tulis apa kat blog ni, so, saya paparkan sedikit lukisan saya ye. Sila lah tengok lukisanku yang tak seberapa ni.. Hehe.

Kalau nak komen on boleh, no hal lah. Segala kritikan diterima. Huhu



Lukisan time bosan2..

Hasil tangan yang tak seberapa..

Saya ni, lukis muslimin ni kureng siket, jadi bulat gitu. Haha

Hai..

Sifat luaran dan dalaman. Its complicated.

Hai, saya Athirah.

Ni saya lukiskan untuk my roomate, Aqilah yang akan jadi seorang doktor. Dia ni seorang yang ceria gitu..

Okay, inilah hasil air tangan saya. So, saya ni hanya biasa-biasa je. Tapi saya akan cuba perbaiki. Dan saya ni bukanlah seorang Artist atau ambil course grafik design, saya ni budak DCA. Culinary Art , bakal chef. Hehe. Kulinari pon ada jugak seni-seni dia. Best.....

Tu saje, saya tau nak tulis apa. Sekian, Athirah Alias.

Saturday, July 5, 2014

Sahabat :)


"Walaupun kita berbeza. Tapi kita boleh jadi sahabat. kan?"

Sebagai sahabat.. kita perlu menerima kekurangan dan kebaikan sahabat kita itu.
Semua manusia tak perfect...
Jangan kita bersahabat dengan sahabat kita kerana pangkatnya,rupanya,kekayaannya.
kerana
itu akan menjadikan persahabatan tidak kekal lama..
Dan kamu tidak dapat merasai betapa lazatnya kemanisan ukhuwah dalam bersahabat dengannya :)
Walaupun terlalu banyak kekurangan pada si sahabat itu..
Jangan pinggirkan dia..
Tapi..bimbinglah dia..berilah dia semangat, kekuatan
Untuk melawan kelemahan yang ada pada dirinya..